SEBOTOL SUSU DI BUMI GAZA

https://www.wattpad.com/story/402433913?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=share_writing&wp_page=create&wp_uname=amirsawarie



 Di tengah-tengah tanah Gaza yang berlumuran darah dan penderitaan, lahirlah kisah keberanian sekumpulan sukarelawan antarabangsa yang berjuang tanpa senjata, hanya bersandarkan iman, doa, dan tekad untuk menyelamatkan nyawa manusia. Mereka datang dari pelbagai negara dengan satu misi - membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang dikepung oleh kekejaman Zionis Israel.


Di antara mereka, tampil seorang pemuda dari Malaysia, Muhammad Abrar, yang bukan sahaja memiliki semangat jihad yang membara, tetapi juga kebijaksanaan dalam mengatur strategi. Tatkala banyak konvoi bantuan dihalang, dirampas, dan sukarelawan ditangkap, Muhammad Abrar bangkit sebagai penyusun utama strategi rahsia untuk menembusi sekatan. Melalui jaringan terowong, laluan laut, dan helah logistik yang penuh risiko, akhirnya bantuan berupa makanan, ubat-ubatan, dan susu untuk bayi berjaya disalurkan kepada penduduk Gaza yang kelaparan.


Namun, perjuangan mereka tidak sunyi daripada ancaman maut. Tentera Zionis menyerang konvoi kecil itu, menawan dan menyiksa sebahagian sukarelawan. Muhammad Abrar sendiri nyaris terkorban, tetapi dengan keberanian dan izin Allah, dia berjaya melepaskan diri. Dalam pertempuran sengit, Abrar menewaskan beberapa tentera Zionis dengan strategi liciknya yang tak terjangka. Bagi rakyat Gaza, dia bukan sahaja penyelamat, tetapi simbol bahawa dunia masih ada yang peduli, masih ada darah suci yang rela ditumpahkan demi kemerdekaan Palestin.


Novel ini mengangkat kisah perjuangan, pengorbanan, dan iman. Setiap bab membawa pembaca menyelami suasana sebenar bumi Gaza: dari jeritan anak kecil yang kehilangan keluarga, doa ibu-ibu yang merintih di bawah runtuhan, hinggalah keberanian para sukarelawan yang menukar ketakutan menjadi senjata semangat.


"Sebotol Susu Di Bumi Gaza" bukan sekadar cerita tentang peperangan, tetapi sebuah pengkisahan tentang cinta, kemanusiaan, dan keyakinan bahawa keadilan Allah pasti akan tiba.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Penulis

NATRAH

MENANTI SENJA DI LANCELIN