Biografi Penulis
Amir Sawarie, atau nama penuhnya Awang Amir Mahmud Bin Awang Sawarie, dilahirkan pada 8 Oktober 1977 di Kuching, Sarawak. Minatnya terhadap penulisan mula berputik sejak zaman persekolahan selepas membaca novel Di Perut Hutan, yang meninggalkan kesan mendalam padanya.
Kerjaya Penulisan
Beliau mula menulis secara serius pada tahun 1998, bermula dengan menghasilkan lirik lagu sebelum menceburkan diri dalam dunia penulisan novel. Karya-karyanya merangkumi pelbagai genre termasuk cinta, seram, aksi, dan sejarah.
Antara novel penting beliau termasuk:
- M.V. Pulau Kidjang (Arus Takdir)
- Aku Dan Antara Dua Dunia
- Canon River
- Perpindahan Temporal
- Di Ganggu Pocong
- Gendang
- 36 Jam
- Pintas
- Janji Yang Terbiar
- Cinta Barista
- Aku Lelaki
- Keronsang Malam
- Protokol Orion
Novel M.V. Pulau Kidjang (Arus Takdir) dianggap sebagai karya beliau yang paling berpengaruh dan kini sedang dalam perancangan untuk Di filemkan sekiranya ada pihak yang sanggup menyalurkan dana.
Kehidupan dan Falsafah
Selain sebagai seorang penulis, Amir Sawarie adalah seorang suami dan bapa kepada empat orang anak yang menjadi sumber inspirasi utama dalam kehidupannya. Bagi beliau, penulisan adalah wadah penting untuk menyampaikan nilai dan pesan kehidupan, dan bukan sekadar bertujuan untuk hiburan semata-mata.

Comments
Post a Comment