36 JAM

 https://www.wattpad.com/story/394156398?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=share_writing&wp_page=create&wp_uname=amirsawarie


36 JAM

"Kebenaran itu berharga... tapi kadang kala, ia menuntut nyawa."

 

Zulkifli, seorang pemandu kepada Perdana Menteri, menjalani kehidupan biasa bersama isterinya, Amira, seorang setiausaha di pejabat Perdana Menteri. Namun segalanya berubah apabila Amira diculik secara misteri selepas pulang dari kerja. Dalam usaha penuh berani menyelamatkan isterinya, Zulkifli terbongkar rahsia paling gelap negara: sebuah rangkaian kongsi gelap besar yang dikawal oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri.

 

Dengan hanya keberanian, kesetiaan, dan beberapa sekutu yang dipercayai, Zulkifli menjejak konspirasi yang menjangkaui batas politik, undang-undang dan nyawa. Sementara itu, Amira pula bertarung dalam penjara gelap ciptaan rejim pengkhianat, menyimpan rahsia yang mampu menggoncang tampuk kuasa negara.

 

Dalam perlumbaan melawan masa dan kematian, mereka berdua harus bertahan - bukan sahaja untuk satu sama lain, tetapi untuk kebenaran yang bakal mengubah nasib seluruh rakyat. Apakah harga sebuah keadilan bila kuasa gelap mengintai dari dalam bayang?

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Penulis

NATRAH

MENANTI SENJA DI LANCELIN